Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalaukumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik disekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki?
Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.Wbersabda yang bermaksud:"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu."(Hadis riwayat Baihaqi)Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.Oleh sebab itu Allah S.W.T.mengurniakan kepada wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita.
Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orangmengganggu dan mengusik, bahkan merekarasa senang, seronok dan bahagia biladalam keadaan begitu.Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari,Nabi S.A.W. bersabda yangbermaksud: "Jika kamu tidak malu,buatlah sesuka hatimu."Hadis ini merupakan sindiran dalamtegahan. Sifat malu itu adalah pokokakhlak yang mulia dan budi pekertiyang terpuji. Tidak payah diletakkansifat malu ini di atas neraca akal punsudah mengakui sebagai suatu sifatyang perlu ada pada diri manusia.Barangkali wanita hari inikebanyakkannya tidak malu atau kurangmalu sebab itu mereka sanggupmelakukan apa saja dosa dan maksiat.Atau barangkali jika sifat malu yangdikurniakan Allah itu sudah tidakberfungsi sepenuhnya. Kalau demikian,bererti tiada iman di dada mereka.Jelasnya, mereka tidak takut kepadaAllah, tidak gerun kepada neraka Allahdan tidak cinta kepada syurga Allah.Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan keatas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui mediacetak seperti majalah Hai, Mangga,URTV dan sebagainya, media elektronikseperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukanoleh wanita.Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan,berakhlak mulia dan ketika itu merekaakan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.