PRK? Amat mengejutkan saya apabila disebut mengenai PRK masih ada mahasiwa yang bertanya.."PRK tu apa?". Inilah sikap sesetangah mahasiswa yang tidak ambil tahu atau tidak tahu ataupun tidak mahu tahu isu-isu kampus. Saya tidak mahu mengulas panjang hal ini. Anda nilaila sendiri. Apa yang saya ingin kongsikan setelah sekian lama tidak update blog ini :) adalah berkaitan satu "isu panas". Hari ni pengurusan dan mahasiswa/i USIM telah digemparkan dengan sebuah artikel kiriman mahasiswa USIM yang kurang berpuas hati dengan pilihanraya kampus yang mana telah diadakan baru-baru ini pada 21/1/2010. USIM adalah sebuah universiti yang agak berbeza dengan IPT-IPT yang lain..Terutamanya dari segi pilihanraya kampus. Kenapa saya katakan begitu??
Selama ini USIM berjaya mengekalkan keharmonian dan peratusan yang tinggi (+90%) dalam pilihanraya kampus. Tahniah kepada pihak pengurusan USIM. Namun hari ini imej USIM agak tercalar disebabkan beberapa isu pilihanraya bagi sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/1010 yang telah diperbesarkan oleh seorang mahasiswa.
Jika dinilai dari pelbagai sudut, saya melihat ada pro and contra berkenaan isu ini. Dari sudut negatifnya.. Pertama, ya sudah tentu isu ini akan sedikit sebanyak mencemar imej USIM yang mana agak dikenali dgn keamanan dan keharmonian. Kedua, pelbagai pihak pasti akan memberikan reaksi dan saya tidak akan terkejut jika hal ini akan digunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan USIM.
Namun jika dilihat dari sudut positif. Saya berpendapat hal ini menyokong kenyataan Naib Canselor, Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Muhammad Muda dalam Majlis Pertemuan Khas MPP sesi 08/09 dan MPP sesi 09/10 Bersama Naib Canselor USIM pada 26 Januari lalu yang menyatakan benar mahsiswa USIM telah matang dalam menilai sesuatu perkara. Isu ini juga menunjukkan bagaimana pemikiran mahasiswa USIM kini yang ambil 'cakna' dan menilai hal-hal kampus.
Saya tidak pasti seberapa ramaikah mahasiswa yang ambil 'cakna' isu ini. Namun sebagai seorang mahasiwa yang mengaku sudah matang pemikirannya, sudah menjadi tanggungjawab kita mengambil tahu akan isu-isu kampus khususnya dan negara amnya. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang perbalahan. Amin..
Bagaimana pula pandangan anda? tepuk dada tanyalah jiwa...