Assalamualaikum...
Long time no write....hehe.
First of I just want to share my upcoming activity...vey exciting. (",). I will have a official vacation to South Korea at 18-23/6/2010. Ini mungkin rezeki sy selepas tidak berkesempatan mengikuti Lawatan Pengantarabangsaan ke Beijing akhir tahun lepas. Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Anyway, what so exciting about South Korea???? Insyaallah jika tiada aral melintang kami akan melawat 3 buah universiti iaitu Donnguk University, Korea University dan Sung Kyun Kwan University pada hari ke-3. Selain 3 buah universiti ini, kami turut melawat pelbagai tempat yang menarik seperti Namsangol Traditional Villlage, Nmai Islam (tempat pengambaran drama siri korea Winter Sonata), Lotte World Theme Park, Gwanghwamun (lokasi pengambaran) and Itaewon street.
Ha inilah Lotte Theme Park. Menarikkan??..:)
Memandangkan bukan selalu kami melawat negara ini..hehe..kami tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan duit dengan membeli cenderahati untuk sanak-saudara dan sahabat-handai di Namdaemun Market, Myongdong dan Duty-free shop.
Baiklah..apa yang penting..kami berharap semuanya berjalan lancar dan kami mendapat pengalaman yang baru daripada program ini.
Semoga Allah memberkati program kami ini..amin.
"Jauh pemandangan luas pengalaman"