Thursday, November 1, 2012

Solat vs Makan

Emm walaupun mengantuk sudah sy nak curi masa jgak utk tulis blog ni bukan apa nak same share n jdkan pengajaran je di masa akan datang..:)

Semalam department tempat kerja ade uat dinner i.e. makan2 la sikit sponsor by departmentla..Sebanrnya ia mmg dah jadi tradisi setiap tahun so tempat yg dipilih tahunni ialah Saisaki Restaurant @ Wisma UOA II..Pernah dgr x?haa meh sy letak ckit gbr die...



Dengar nama Saisaki ni mulala aku takut..halal ke?huhu hati memang dah berbelah bahagi nak pg ni..tp nama dah bagi...So dinner tu start pukul 6-10pm.. Lagi satu risau macamna nak solat nanti ada surau tak kat sana?Nak pergi naik apa balik nanti macamana?So sy pun bertawakal mintak petunjuk dri Allah..Fatwa hati kata xpayah pergi tp ada suara kata pergi nafsu kot huhu makan free katekan. Biasala syni org kampung je xbiasa makan beria2 ni...

So bila tiba masanya memang dah tekad xnak pergi sbb rasa berat hati sangat nak pergi..Tiba2 bos pulak datang tanya sbb tengok dekat pukul 630pm sy still kat office tup2 sy terus jawab pergi huhu kawan2 yg lain yg still ada kat office pun desakla suruh pergi ajak pergi sekali. So apa lg sampaila di restoren tu akhirnya..:(

Bertolak dalam pukul 7pm so tau2 la ye Jalan Pinang tu waktu2 gini hujan plak tu memang jammed la..asyik2 tengok jam risaula magrhrib dah masuk dahla waktu pendek. Dorang mmg nak pergi b4 magrib. Sampai2 dah dlm 735pm...Apa lg dalam fikiran nak cari surau jela..Dah masuk dlm restoren tny waitress dia pun bg instruction yg xclear tp tryla follow...pastu tanyala kwn2 yg dah sampai kot2 dorg dah sembahyang..Kebanyakannya jawab xtaula..xpasti..Ya Allah sedih sgt bila saudara seagama sendiri meletakkan solat no 2..kalau sempat/mudah buat tp kalo susah/xsempat xbuat..Nauzubillah.. Masing2 sibuk menjamu nikmat makanan enak yg Allah bg tanpa segan silu dgn tidak menunjukkan rasa syukur pd Allah..Apa lg masa tu sy dgn sorg kakak ni terusla keluar cari surau xkira janji solat..cari2 punya cari alhamdulillah jumpa jugak suraunye..surau punyala cantik complete gitu. Tp itula nak dengan xnak je...

Sepanjang kat kedai tu memang takut nak makan lagi satu memang I xsuke makanan2 mentahni..So mkn buah minum air2 mkn gitu jela just penuhkan attendace. Sy ada emel Saisaki nk tanya bekenaan isu halal ni. So anda nilaila sendiri yea..

Emel:

Do you have certificate Halal from JAKIM?

Answer (from admin):


We are a PORK FREE Restaurant. All our ingredients from meat to chicken are from halal suppliers.
We do not hold a JAKIM halal certificate Because we do sell alcohol(Sake) and Beer in the premises.  
Lastly, all of our outlet are run by Muslim Head chefs. with their assurance we have open our doors to all races.
If you wish further verification via call i can ask our chefs to call you. 

Wednesday, August 29, 2012

Tips Bekerja... :)


Post kalini sy just nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin walaupun dah seminggu kite menyambut raya...Life memang agaak bz so xbekesempatan nak update blog walaupun kalau ikutkan hati mcm2 nak share kat sini. So dikesempatanni sy nak share la satu speech yg mmg menarik & ditujukan khas untuk org2 yg berkerjaya...

30 Second Speech by Bryan Dyson-Former CEO of Coca Cola


Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air. They are Work, Family, Health, Friends and Spirit and you're keeping all of these in the air.

You will soon understand that work is a rubber ball. If you drop it, it will bounce back. But the other four balls - Family, Health, Friends and Spirit are made of glass. If you drop one of these they will be irrevocably scoffed, marked, nicked, damaged or even shattered. They will never be the same. You must understand that and strive for it.

"Work efficiently during office hours and leave on time. Give the required time to your family, friends & have proper rest. Value has a value only if its value is valued."


  1. Work is a never ending process. You can never finish the works.
  2. Interest of a client is not more important than your family.
  3. If you fail in life you boss or client will not be the person to offer a helping hand but family & friends will do.
  4. Life does not mean coming to office, going home and sleeping. You need time to socialize, entertainment, exercise & relaxation. Don't make your life meaningless.
  5. A person who sits in office still late is not a hardworking person. He is a fool who does not know how to manage works within stipulated time. Besides, he is a loser in life who does not have personal or social life.
  6. You did not study hard and struggle in life to be a machine & live a meaningless life.
Leaving office on time + more productivity + good social life + good family relation
Leaving office late = less productivity + no social life + no family life

So pandai2la arrange masa bekerja anda k..

Sekian.....

Monday, July 30, 2012

Sukan Olimpik 2012 Simbol Yahudi

Sekadar perkongsian..


Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni?

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. ! 

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu sebagai maskot mereka.



Wallahualam..


Monday, July 16, 2012

Was-was????

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)).
رواه البخاري ومسلم.


Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

Pernah dgr xhadis di atas? Hadis di atas adalah hadis ke-6 daripada Hadis 40. So topik yg sy nak kongsikan harini bkaitan dgn halal haram syubhah. So statement sy mengenai post semalam tu xde niat pun sebenarnye nak mnyinggung mane2 pihak tetapi ape yg sy nak highlight bkaitan soal syubhah sebenarnye. Isu subhah ni amat penting sebenarnye dlm kehidupan sbb skaligus ia akan mmpengaruhi tingkah laku akhlak kite. Kalau kite yakin ttg sesuatu yg halal no problem u can go on.. Tp bile kite kurang yakin i.e. was-was ini yg kite kena tekankan. So kite sebagai muslim kena berjaga-jaga..Sy bukanla ahli hadis nak mentafsirkan hadis di atas tp rasenye dr hadis tu mmg dah jelas menunjukkan mcmane pentingnye kite kena mjaga pemakanan kite. Pokoknye KEYAKINAN. 

Wallahua'lam.

Sunday, July 15, 2012

Samba La Fiesta 2012






Baru2ni 14/07/2012 @ Mines Convention Centre diadakan Annual Dinner salah sebuah established bank kat Malaysiani..Jgn main2 tema tahun ni Samba La Fiesta wah3 kena ala2 samba la kali ni..tp sorry to say la malas nak ikut tema yg pelik2 ni..Tau ke mcmane cth tema samba..ha mcm gambar kat bawah nila..



Malam tu tgk macam2 ragam ada..yg betudung pun ada yang ambil peluang bukak tudung bagi menjayakan tema ni.. Emm nauzubillahiminzalik ya Allah.. Disebabkan ini kali kedua sy join dinner ni, so awal2 sy dah bsiap sedia dr segi fizikal dan mental...Masa dinner ni sebenarnye ade 3 kategori..Muhibbah (malay food), Chinese Food & Vegi.. So tahun ni pilih Chinese Food konon nak ubah selera, tp bile makan baru tau xkena dgn lidah yg mmg kampungni..hehe.

Then bg non-Muslim mereka dpt coupon for 2 glass of beer.. Tetapi ada jgak anak melayu, muslim lagi tanpa segan silu mcuba n amik coupon tu nak redeem. Nauzubillah ya Allah. Wahai saudara2 ku, sesungguhnye arak sama sekali diharamkan di dalam Quran & Sunnah. Kita spatutnye kena kawal diri kite walau dimana kite berada. Walau di mana bumi dipijak disitu Islam dijunjung.. Mmg sedih sgt tgk muslim yg tanpa segan silu nak jgak rase air yg sememangnya diharamkan dalam Islam. Di bawah sy kongsikan sedikit dalil2 mengenai pengharaman arak.

Ayat 90, surah al-Maidah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)[3]


Semoga kite semua mendapat petunjuk dari Allah dan dijauhkan drpd segala perkara2 keji dan mungkar..amin3x.


** Air di atas ialah air sparkle ye harap maklum. Walaubagaimanapun sy xsentuh air tu kerana was-was tambahan plak gelas yg dgunakan gelas utk mhidangkan arak**


Monday, July 9, 2012

Work to live.....




Setelah sekian lama sy xupdate blog ini..harini tergerak hati utk m'update blog dengan entri yang berkisar mengenai kerjaya sy skg. Tiba-tiba teringat semasa zaman belajar dahulu..Sy selalu tertanya2 dlu agaknye ape keje bila dah tamat belajar nanti. Ada yg kate course Financial Mathematics susah nak dpt keje..so kalau nak tahu just wait n see jela. So skg bile dah habis belajar..alhamdulillah, kebanyakkan senior n course mates dpt keje yg ok & terjamin. Mostly banking linela..Ada yg bekerja di Public Bank (ni sy hehe), Standard Chartered Bank, HSBC, Maybank, Bank Islam dll... Tp ade jgak yg bekerja di Audit Firm n Firms tertentula..Apepun yg penting kite nak cari pengalaman.. Almaklumla selamani duk belajar teori je skgla masanye nak praktis ape yg kite pelajari selamani...

Dulu masa nak cari tempat praktikal, targetnye adalah 'big company'..at least Berhad company. Bukan sbb nak nama @ glamour, tapi dgn harapan lebih byk benda baru boleh belajar. Lagipun reputation tu penting sbb nak cantikkan resume kite. Akhirnya sy berpeluang manjalani praktikal di Standard Chartered Bank i.e. Scope International (M) Sdn Bhd. Dari situla mmg byk sgt perkara baru yg sy belajar..Working environment, Socialism, Friendship n mcm2 lgla....

Then after 6 months praktikal sy dah mula target nak kerja di bank..bukan ape tgk environment kat SCBC mcm best je.. Kerja santai, janji keje siap..masuk lmbt ckt pun xpe..etika pemakain pun santai nak pakai seliparpun boleh...nak keluar tapau makanan pun no poblemo..janji keje siap..tu je prinsipnye..Mmg bestla mase tu hihi. After habis je praktikal dpt offer kat Public Bank.. Mmg bersyukut sgt2 pd Allah sbb mmg sy nak sgt keje kat bangunan tinggi2 ni cam best je hehe. So after pkatikal terusla sambung keja kat Public Bank... Nah amik..Rasai suasana keja sebenar tahula langit tinggi ke rendah....

Di PBB sebenarnye bagus, bukannye ape byk benda baru kite boleh belajar..Mahal pgalaman ni..Bukan senang2 nak dpt. So pejam celik pejam celik dah setahun kat PBB..Sebenarnye department sy tu mmg agak toughla..byk vacancy bukan sbb ape..ramai staff baru masuk xsampai seminggu je resign..ade yg sehari je esok resign..ade yg masuk kitaorg xsempat kenal salam2 pun tgk2 dah lesap...ade yg over 15 years keje pun resign cubela bayangkan mcmane huhu mcm2 ragam..tp sape yg masuk citu belum tentu akan stay lame sbb tgk senior mcm no life je...kesian2...Anyway to be continue.....:)

Ya Allah tabahkan hatiku dlm menempuh kehidupan seharian..amin3x