Friday, May 22, 2009

MATANG & KRITISLAH....


Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009 kali ke-3

Bermula 15hb Mei lepas, satu konvensyen peringkat kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh Malaysia diadakan. Program ini diadakan selama 5 hari 5 malam bertempat di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Em sy xnaklah bercakap panjang mengenai program ini, unuk maklumat lanjut sila kunjungi blog http://mppusim0809.wordpress.com.


Em apa isu yang sy ingin bangkitkan adalah norma-norma mahasiswa universiti yg berbeza-beza. Contohnya di UIA suasananya agak berbeza kerana mahasiswanya terdiri daripada pelbagai negara dan bahasa pengantaraannya adalah English and Arabic only. Berbeza pula dengan UiTM di mana mahasiswanya hanya terdiri daripada golongan bumiputera. Begitu juga dengan UKM yang mana menjadikan Bahsa Melayu sebagai misi utama mereka. UKM memperjuangkan MISI agar mempunyai pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. Oleh itu, sudah pastilah budaya mereka juga berbeza.Jadi, USIM pun tidak terkecuali dalam hal ini, suasana USIM yg agak berbeza juga menjadikan universiti Islam ini agak unik. Oleh kerana perbezaan nilai-nilai tersebut, maka kualiti yang dihasilkan juga sudah tentu berbeza. Kita tidak boleh menilai kualiti mahasiswa berdasarkan title universiti masing-masing semata-mata sahaja, namun kualiti mahasiswa perlu dinilai atas diri individu itu sendiri.

Sepanjang berada di konvensyen ini, sy amat kagum dengan pemikiran Dato' Shaifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan mahasiswa kini yang berfikiran lebih terbuka. Kini isu-isu politik, isu Perak, isu mahasiswa diekploitasi oleh parti-parti politik, isu auku sebagai politik luar, isu-isu mahasiswa dan sebagainya sudah boleh dibincangkan secara terbuka. Hal ini merupakan satu peningkatan yang baik.

Semasa berdialog bersama Dato', sy amat terharu beliau sanggup melayan pelbagai jenis soalan daripada perwakilan pelajar bermula jam 830pm sehingga 12.30am lebih. Sesi dialog ini berakhir kira-kira menjelang 1am. Amat mengejutkan sekali...Mahasiswa juga kini sudah berfikiran matang dan kritis dalam menilai sesuatu perkara.

Ayuh kita sama-sama berubah menongkah arus!!!!
Ayuh kita berubah!!!!

Motivasi, Profesional, Perubahan

2 comments:

  1. salam..aida..saya ade tgk kat tv..best..dh lame x tgk program ilmuwan camtu..tp x nmpk plak awk dlm tv..=)

    ReplyDelete
  2. Sy duk belakangla cik non..yang depan2 2 majoriti budak USIM..Dorang suke mencapap..hehe.

    ReplyDelete