Saturday, May 30, 2009

Best ke konvokesyen??



Tarikh 27/5/09 bersamaan hari Rabu merupakan hari yang bersejkarah bagi kakak sy, Aida Aziana. She had graduated from UiTM in a ccountancy. Congratulations sis! Apa perasaan saat menghadiri pesta konvokesyen ini? Apakah perasaan saat menerima siji daripada canselor berkenaan? Seronok ke? maybe..Atau rasa puas penat lelah selama ini dapat hasilnya. Yakni segulung ijazah.
Bagi sesetangah orang, mungkin mereka tidak sabar2 untuk tamat pengajian & menggulung sebuah ijazah. Tapi bagi saya, saya xsanggup untuk meninggalkan pengajian ini..Rasa macam universiti ni adalah 1 tempat yang sangat2 berharga & xsemua manusia dapat laluinya. Saya rasa nak terus belajar dan belajar dalam suasana universiti. Tapi patut ke? Ya benar kita akan terus belajar sampai liang lahad namun pengajian kita di universiti hanya sementara. So, kitala mata pena yang akan mencorakkan nilai estatika kotak memori kenangan kita. Terpulanglah pada diri sendiri ingin memilih jalan kebaikan atau keburukan.
Tepuk dada tanya selera..

Tuesday, May 26, 2009

PEMILIK CINTAKU Selepas Allah & Rasul


Semalam saya baru saja menghabiskan sebuah buku bertajuk 'Pemilik Cintaku Selepas Allah & Rasul' hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Wah buku ini mendapat banyak reservation oleh sahabat2 saya selepas saya membacanya. Em ini banyak mendidik dan mengajar serba sedikit untuk kita membina mahligai kasih idaman melalui inspirasi kisah motivasi. Sememangnya tajuk buku ini agak kontroversi namun ilmu ini penting untuk dipelajari kerana CINTAla menjadi penyebab utama pada kerosakan hati..yeah maybe sometimes if we don't know how to lead this issue. Di sini saya ingin kongsikan sedikit beberapa perkara hasil pembacaan saya bersama pembaca sekalian.


Tiada Cinta Sebelum Kahwin

"Tiada rahsia untukku terus gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip merantai diri"

Cinta Hanya Untuk Suami, Takkan Kukongsi

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa perlu menikmati cinta sebelum perkahwinan?Bimbang ia jadi tawar dan hambar. Hilang barakah, hilanglah kemanisan. Sepertimana mafhum hadis Nabi SAW:

"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka ia adalah seorang yang syahid."

(Riwayat hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin
  • Pasti diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya bagi melupakanku daripada-Nya.
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  • Cinta lalai akan membuatkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh jiwa, akal & perasaan.
  • Jiwaku terganggu akan menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
  • Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

Nauzubillah!

Pemilik Cintaku selepas Allah & Rasul

Tips Menepis Cinta Remaja

  1. Tegas berprinsip diri.

  2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

  3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

  4. Mengekang hawa nafsu.

  5. Mendekati majlis ilmu.

  6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.

  7. Akrab dengan Allah dalam ibadah kehidupan.

"Kalau suka, jumpalah ibubapa. Sayangnya tiada yang berani, tanda tidak bersedia. kalau tidak bersedia kenapa hendak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan."

Seorang penyair Arab berkata:

Cinta merupkan anugerah takdir,

Pertama kali datng bak air yang tenang,

Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,

Tenggelamlah ia ke dalamnya, tak tertolong lagi.

Memang tepat sekali apa yang telah dicoretkan dalam buku tersebut. Nak baca selanjutnya kena belilah buku tu ye..:) Saya sering menasihatkan sahabat-sahabat yang datang berjumpa saya, CINTA ni kalau tidak datang lagi janganlah sesekali cari atau cuba-cuba nak dekatinya. Kerana bila mana kita sudah jatuh cinta bahananya amat besar jika tidak dijaga mengikut batas syariat Islam. Dan jika sudah terjebak dalam CINTA ni, jagalah ia sebaik-baiknya mengikut batas syariat. Kerana jika sekali kita tersilap langkah, kita akan sukar mencari jalan pulang. Natijahnya, ia akan melalaikan hati dan diri akan terbuai dengan keasyikkan CINTA. Akhirnya, hati kita akan berkarat, semakin tebal dengan titik hitam dan rosak. Apa yang paling saya risaukan jika hati kian layu & mati..Nauzubillah. Apa yang terjadi bila hati mati? Kita tidak merasa nikmat solat, tahajud mungkin bertambah kurang atau tinggalkan langsung, ilmu tidak meninggalkan kesan lagi di dalam hati. Bahayanya la penyakit hati ini. Gerun terasa di hati:(

Saya teringat kata-kata Ustaz Hasrizal dalam bukunya 'Aku Terima Nikahya', sesuatu kejahatan yang kita lakukan mendatangkan keresahan dijiwa, dan kebaikan yang kita lakukan akan mendatangkan ketenangan hati.

Mindaku mula menafsir, jika kita sering was-was dan gelisah dengan sesuatu tindakan kita, bermakna lebih baik kita bermujahadah dan tinggalkannya. Namun bermujahadah ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah, ia perlukan pengorbanan yang jitu.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah..

"Ya Allah sesungguhnya aku sangat kerdil dan hina disisi-Mu ya Allah, Engkau tetapkanlah aku di jalan perjuangan-Mu ini, Engkau peliharalah aku dari sebarang kemungkaran dan penyakit hati ya Allah..Hanya Engkaulah Tuhan Maha Perkasa dan tempat aku berteduh mengharapkan keampunan dari-Mu. Engkau peluklah hati dan jiwaku ini dalam rahmat kasih-sayang-Mu. Aku amat dambakan cinta & kasih-sayang-Mu walaupun aku tidak layak."..amin ya rabbala'lamin.

:(:(:(:(

Monday, May 25, 2009

Bali oh Bali...




Pada 27 Mei 2009, 10am beberapa orang akan fly ke Bali, Indonesia. Pada 28-30 Mei 2009, seramai 3 orang MPP akan mewakili USIM ke Regional Convention On Student Development di The Patra Bali Resort and Villa, Bali Indonesia. Saya downloadla gambar-gambar ni bagi tatapan MPP lain yang xdapat pergi Bali ni..Jangan sedih tau..:) Selamat jalan..Have a nice trip. Jangan lupa bawa balik buah tangan..:)

Revolusi Blog..


Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun..masa terus berlalu. Perubahan terus berlaku menongkah arus perjalanan hidup. Kemajuan demi kemajuan terus dikecapi rakyat jelata Malaysia..Sebagai contoh, perubahan yang ingin dibawa oleh Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi ialah dengan membawa satu pendekatan berkaitan agama iaitu Islam Hadhari..Tp bukan isu Islam Hadhari yang ingin saya bincangkan di sini. Selain itu, dari sudut pendekatan pembangunan dan kemajuan infrastruktur yang diperkenalkan oleh beliau ialah dengan melancarkan Pelan Induk Pembangunan Wilayah.
Kelima-lima koridor tersebut ialah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Koridor Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak.Tidak tahu kenapa tapi saya agak berminat dengan projek ini. Sebanyak RM6 billion dari RM10 billion da;lam kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dalam budjet 2009 bagi memajukan kelima-lima koridor ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak pula dengan konsepnya 'Satu Malaysia".

Namun apa yang saya ingin katakan mengenai teknologi komunikasi yang semakin canggih. Antaranya ialah blog..Saya terbaca dalam blog YDP saya http://aliffismail.wordpress.com/ berkenaan kegembirannya apabila beberapa orang sahabat yang yang baru mencipta blognya.
Untuk makluman blog ini baru sahaja lahir kurang seminggu. Kalau xsilap blog Syazwan http://shazwanzain.blogspot.com/ juga terhasil selepas blog ini..(betul ke??jangan marah ye??)Frontpage pun sama..Dia memang suka tiru saya..:)Tapi xkisahla. Tengok2 blog Asyraf http://asralf.wordpress.com/ terhasil juga. Xhabis di situ juga..Di barisan sahabat-sahabat saya antaranya Izzah http://derapandaie.blogspot.com/ , kak Basyirah juga ingin buat blog beliau http://bajusejuk.blogspot.com/. Wah3x pelik sungguh nama 2..:)Pendek kata sekarang ni semua orang duk sibuk dengan buat ataupun edit blog masing2..Inilah yang dinamakan REVOLUSI BLOG oleh saya. Whatever the name it is, the important is to improve ourself, we must do something. Hanya dengan melangkah setapak kehadapan mungkin akan membawa satu perubahan untuk kita baik untuk agama, negara, bangsa, keluarga mahupun diri sendiri. Selagi xberani melangkah, anda akan kekal di tempat asal sampai bila-bila.

In the nutshell, changes is very important! Kita mesti berani dan berusaha untuk berubah..!!
Em tengah xsihat pening kepala ni..Tapi post baru mesti disiapkan.

Friday, May 22, 2009

SELAMAT DATANG ADIK-ADIK...

Sekadar hiasan..




Adik-adik program Tamhidi sesi 2009/2010 telah pun mendaftar. Selamat datang akak ucapkan..Kuatkan pendirian setelah melangkahkan diri ke alam universiti ini..:)

Mereka telah menjalani orentasi selama 2 hari iaitu 23-24 Mei 2009..Namun kami mula mengikuti Kursus Pembantu Urusetia pada 21 Mei & persediaan fizikal pada 22 Mei. Pengarah barisan urusetia pelajar ialah PM ke-10 yang bz sokmo, Ust najib. Timb pengarah adalah saya sendiri. Namun kami ditugaskan turut membantu Unit Pendaftaran. Wah hebat2 result adik-adik baru ni. Yang 12A1 pun ada tau..Seronok jaga kaunter ni.

Selepas selesai sesi pendaftaran, saya turut membantu unit-unit lain khusunya Unit Protokol, tolong Syaza ni. Saya memang suka unit protokol..hehe. Menarik dan mahu belajar. Hari ni merupakan hari yang agak sibuk dah murah rezeki sebab makan 5x sehari..:) xdapat ikut sunnah nabi tempoh ni. Xsempat lapar je kena makan balik, kalau xmakan membazir plak sebab dah tempah..:)Bahaya ni..Akibatnya, keesokan harinya selepas tamat program terus jatuh sakit. Kerja-kerja di office MPP terpaksa ditangguhkan lagi. Aduh azab2..(bak kata Ust Afiq).

Berbalik kepada Minggu Taaruf, macam-macam slot yang telah disediakan oleh pihak universiti. Dan kami di pihak pembantu urusetia turut membantu sebaik mungkin bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan program ini..Yang bestnya, pada malam terakhir selepas Malam Kebudayaan dalam Minggu Taaruf ini ialah pihak urusetia telah merancang satu 'Slot Modul & Terapi' kononnya. Mereka telah collect duit daripada semua pegawai dan pembantu urusetia bagi menjayakan plan ini. Macam-macam idea dorang ni..bum la paling semangat..hehe.

Sebelum surprise ini, urusetia pelajar telah buat gimik dengan 'marah' 5 orang adik ni sebab lambat. Tapi sebenarnya mereka adalah orang yang ingin diraikan. Idea ni amat unik dan menarik..Tapi yang dapat makan kek cuma yang dirai, para pegawai dan para pembantu urusetia pelajar je..Harap maaf k..:)

MATANG & KRITISLAH....


Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009 kali ke-3

Bermula 15hb Mei lepas, satu konvensyen peringkat kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh Malaysia diadakan. Program ini diadakan selama 5 hari 5 malam bertempat di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Em sy xnaklah bercakap panjang mengenai program ini, unuk maklumat lanjut sila kunjungi blog http://mppusim0809.wordpress.com.


Em apa isu yang sy ingin bangkitkan adalah norma-norma mahasiswa universiti yg berbeza-beza. Contohnya di UIA suasananya agak berbeza kerana mahasiswanya terdiri daripada pelbagai negara dan bahasa pengantaraannya adalah English and Arabic only. Berbeza pula dengan UiTM di mana mahasiswanya hanya terdiri daripada golongan bumiputera. Begitu juga dengan UKM yang mana menjadikan Bahsa Melayu sebagai misi utama mereka. UKM memperjuangkan MISI agar mempunyai pusat ilmu terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta menyejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. Oleh itu, sudah pastilah budaya mereka juga berbeza.Jadi, USIM pun tidak terkecuali dalam hal ini, suasana USIM yg agak berbeza juga menjadikan universiti Islam ini agak unik. Oleh kerana perbezaan nilai-nilai tersebut, maka kualiti yang dihasilkan juga sudah tentu berbeza. Kita tidak boleh menilai kualiti mahasiswa berdasarkan title universiti masing-masing semata-mata sahaja, namun kualiti mahasiswa perlu dinilai atas diri individu itu sendiri.

Sepanjang berada di konvensyen ini, sy amat kagum dengan pemikiran Dato' Shaifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan mahasiswa kini yang berfikiran lebih terbuka. Kini isu-isu politik, isu Perak, isu mahasiswa diekploitasi oleh parti-parti politik, isu auku sebagai politik luar, isu-isu mahasiswa dan sebagainya sudah boleh dibincangkan secara terbuka. Hal ini merupakan satu peningkatan yang baik.

Semasa berdialog bersama Dato', sy amat terharu beliau sanggup melayan pelbagai jenis soalan daripada perwakilan pelajar bermula jam 830pm sehingga 12.30am lebih. Sesi dialog ini berakhir kira-kira menjelang 1am. Amat mengejutkan sekali...Mahasiswa juga kini sudah berfikiran matang dan kritis dalam menilai sesuatu perkara.

Ayuh kita sama-sama berubah menongkah arus!!!!
Ayuh kita berubah!!!!

Motivasi, Profesional, Perubahan

Thursday, May 21, 2009

Minggu Taaruf Pelajar Tamhidi USIM sesi 09/10


Gambar di atas hiasan semata-mata..:)Bermula esok pagi seawal jam 7.30am, saya perlu bersiap sedia untuk bertugas sebagai pembantu urusetia Minggu Taaruf Pelajar Tamhidi USIM bagi sesi seterusnya..Fuh! Walaupun pada hakikatnya terlalu banyak kerja-kerja di bilik MPP menanti namun tugas ini harus diteruskan..Tugas yang banyak sehingga tidak tahu yang mana perlu didahulukan. Akan tetapi, tidakla sebanyak kerja-kerja YDP MPP USIM ni..:)


Hakikatnya, kerja-kerja yang menanti tidaklah sebanyak mana akan tetapi atas faktor lack of management skills menyebabkan diri ini fikir yang sebaliknya. Sebenarnya banyak yang saya ingin kongsikan tetapi kemudian jela ye..Hari dah makin larut..

AKU INSAN HINA baru bernafas...


Tepat jam 12.05am bertarikh 22/5/09 lahirlah blog ini atas satu semangat baru...ingin berubah! Jangan lupa berikan sokongan pada blog ini ok..:)